Assalammualaikum ~ thanks sebab sudi baca :) okay, kali ni cerita pasal zaki pulak . enjoy ;)
Zaki
selalu saja menimbulkan kemarahan ramai orang.Bukan setakat teman
sebayanya saja,malah melarat hingga ke orang-orang tua sekali turut
berasa marah dengan kelakuannya.Sikapnya yang perengus dan bermulut
lancang menyebabkan beliau dicop 'setan' dikalangan orang kampung.
Suatu masa,balik dari sekolah.Zaki tidak terus pulang kerumah neneknya,tapi menghala ke kawasan kebun getah.Dia suka berehat-rehat
dibawah serumpun buluh ditengah kebun getah tersebut.Padahal waktu
selepas pulang kesekolah adalah waktu beliau pegi mengaji Quran.Mungkin
ditakdirkan untuk menjadi pengajaran padanya.
Pagi esok
orang-orang kampung keluar beramai-rami mencari Zaki.Walaupun digelar
'setan', tapi orang kampung tidak berkira sangat mengenangkan nenek Zaki
yang berdedai-dedai air mata kesedihan kerana ketidak pulangan cucunya
semalaman.Usaha mencari diteruskan sehingga jauh ke dalam hutan kampung.
Setelah puas mencari dan gagal tiada jawapan.Tok Imam meminta para
penduduk melakukan solat hajat dan membca Yassin 7 Mubin.Malam itu Zaki
ditemui.Diatas pokok ara besar.Tak sedarkan diri.
Setelah
dibawa turun dan dipulihkan semangat,Zaki menyatakan sewaktu tidur
dibawah rumpun buluh,datang seorang nenek tua.Zaki pada waktu itu hanya
mengikut saja ajakan nenek tua tersebut.Menurutnya dia dibawa ke rumah
nenek tersebut.Sebuah rumah Melayu lama yang tiang pancangnya sayup
keatas dan mempunyai cuma tiga anak tangga.Namun sebaik memijak anak
tangga tersebut,dia sudah pun memasuki rumah nenek tua tersebut.
Disitu,beliau dihidangkan pelbagai makanan yang enak-enak.Selain nenek
tersebut,terdapat 7 anak dara yang jelita menghuni rumah
tersebut.Semuanya baik-baik belaka.Setelah kekenyangan,timbul niat mahu
pulang.Nenek tersebut bersama 7 anak dara jelita menghalangnya
pulang.Zaki mula berasa marah dan mencarutkan nenek tersebut.Pada waktu
itu terjadilah peristiwa paling menakutkan seumur hidupnya.Nenek dan 7
dara jelita tersebut bertukar rupa.Menjadi langsuir.Berkepala hampir
botak dengan rambut kasar jarang-jarang mencecah lantai,siung sepanjang
13 inci,muka tengkorak dan berhidung seperti babi.Berpakaian putih
kekuning-kuningan.
Zaki terus pengsan.Sejak kejadian
tersebut,dia mula berubah.Menjadi pendiam dan belajar agama.2 tahun
kemudian beliau menyambung pengajian di Mekah.
~TAMAT~
No comments:
Post a Comment